AKU, KAU BERBEZA.....AKU, KAU ISTIMEWA....

LELAKI 
~ Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 
~ Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 


WANITA 
~ Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
~ Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
~ Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 
~ Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita : 
1. ibunya
2. isterinya 
3. anak perempuannya 
4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 
1. suaminya 
2. ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 
1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya 
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki..kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

credit to:mysweetkiddys
haaiishhh...arini bz la plak..keje banyak lg yg pending...jap lg nk kena g site plak.td dh p site jap lg nk p lg..hmm....ada discussion la bla bla blaa lalala.(mengeluh dlm frusst)..nextweek dh nk cuti cmne ni ada sape nk tlg ke??wlaucmne pon aku kna wat bg siap jgk..klu xselamat la xleh blik cuti ka?owhhh tiidakkk!!!go go caiyok...
cmni ke bz aku?eh xkot..heheheh

heeee..peace ni muka org yg p site td..dh itam kna sinaran matahari

mata ngntok pon satu hal..naseb ada kwn aku sorg ni bleh wat aku ilang ngantok..name die aziah a.k.a SEAP..ada aje yg die wat aku ilang ngntok.die ni sgt2 klakar org nye..jenis pengklakar kot..heheheh..tp xleh nk kt teruk2 kt die skng sbb die sarat mengendong bb..erm nt kang bb die kua jd mcm aku..ok x SEAP klu bb muka cm aku?hee jgn mara ek gurau aja..
haaaa ni la aziah a.k.a SEAP..hee..

ok lah.tata dlu ek..nk continue wat keje plak..c ya..tata
Salam perkenalan kapada semua blogger's..saya borin xtau nk wat ape..so nk berblog jgk la..utk ilangkan borin..hehehe.boleh je kan?so blog saya ni masih sunyi n xbpe nak menarik lg la kot..nnt slow2 la ek sy mengisi kekosongan blog ni..nnt korang semua jengguk la kt sini ek..bleh kenalan n dapat kwn baru la kan..wahh sonot gitu...
                                                                    ..peace..:p..
Selamat tahun baru cina...tahun arnab..erm xlame dh kite pon nk cuti gak ni..lame kot bleh cuti..yeayy sonot nye..bleh blik kg..kali ni blik kg lame sket..coz byk bnda nk kna wat kt kg nnt..heee wink2..:P..suke2x

Labels

aku,dia,kamo

Photobucket Photobucket

MENJOIN CONTEST & GIVEWAY

Photobucket Photobucket b Photobucket Photobucket Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers